i. Setiap pelajar dikehendaki menduduki Tempoh Penyesuaian Diri dengan kehidupan asrama dan personaliti/persekitaran Tahfiz selama 30 hari bermula dari tarikh melaporkan diri. Dalam tempoh ini, ibu-bapa tidak dibenarkan melawat anak di asrama atau di kelas kecuali atas sebab-sebab kecemasan dan sebab-sebab lain yang akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah. Tujuan Tempoh Penyesuaian Diri ialah supaya anak-anak mahu pun ibu-bapa memahami dengan lebih jelas pra-syarat yang perlu ada sebelum anak-anak berjaya menjadi seorang hafiz Al-Quran sebagaimana yang dicita-citakan.
i. Setiap pelajar dikehendaki mengisi Buku Keluar-Masuk Asrama masing-masing setiap kali meninggalkan asrama untuk urusan persendirian. Ibu-bapa perlu memastikan kelulusan dan kebenaran sewajarnya telah diperoleh daripada Ustaz/Warden/Jawatankuasa Pengurusan sebelum membawa anak keluar daripada asrama untuk urusan selain daripada urusan rasmi Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah.
ii. Sekiranya terdapat perkara kecemasan yang tidak dapat dielakkan, permohonan untuk bercuti atas sebab-sebab tersebut perlu dibuat dan diluluskan oleh Ustaz atau Ahli Jemaah Pengurusan menggunakan Borang yang disediakan di asrama.
i. Bagi memudahkan perhubungan ibu-bapa dengan anak-anak masing-masing dan sebaliknya, pihak Maahad menyediakan telefon pra-bayar di asrama dengan nombornya ialah 03-55116203 (Asrama I) dan 03-55126203 (Asrama II). Ibu-bapa boleh membuat panggilan telefon pada waktu-waktu yang sesuai seperti selepas waktu ‘Asar pada hari-hari biasa atau selepas jam 9.00 pagi pada hari-hari Sabtu dan Ahad. Kerjasama ibu-bapa dipohon agar menggunakan masa dan tempoh yang sesuai dalam menelefon anak-anak agar tidak mengganggu penumpuan hafalan dan pembelajaran anak-anak.
ii. Masa untuk melawat anak perlu dipilih dengan bijaksana agar tidak mengganggu tumpuan hafalan dan pembelajaran mereka. Waktu ziarah yang disyorkan ialah pada petang hari Sabtu dan Ahad.
i. Setiap pelajar dilarang:
a) menyimpan pisau dan barangan tajam yang lain;
b) membaca dan menyimpan buku-buku lucah;
c) mengguna dan menyimpan radio, perakam kaset, vcd dan seumpama;
d) menyimpan telefon bimbit dan barang-barang berharga yang lain.
ii. Sekiranya pelajar didapati melakukan kesalahan seperti di perenggan (i) di atas, hukuman sewajarnya akan dikenakan.
i. Pakaian rasmi ialah jubah warna putih dan kopiah/serban warna putih.
ii. Memandangkan sebahagian besar masa pelajar adalah memakai jubah rasmi, pelajar dibenarkan memakai baju-T tanpa kolar berwarna putih kosong (plain) sebagai pakaian dalam untuk dijadikan persalinan di waktu yang sesuai semasa berada dalam jadual rasmi harian. Dicadangkan ibu-bapa membekalkan tiga (3) helai baju berkenaan.
iii. Bagi waktu di luar jadual rasmi, pelajar boleh memakai sebarang pakaian lain asalkan menutup aurat dan tidak mempunyai sebarang tulisan/gambar/imej yang tidak sopan. Walau bagaimana pun, jumlah pakaian yang dibekalkan kepada anak-anak hendaklah tidak terlalu banyak [tiga(3) pasang adalah memadai].
i. Pelajar hanya dibenarkan menyimpan duit sebanyak RM1.00 (Ringgit Satu sahaja) pada satu-satu masa. Ibu-bapa boleh menyimpan duit dengan Ustaz dan anak-anak boleh mengambilnya daripada Ustaz berkenaan apabila diperlukan.
ii. Maahad tidak bertanggungjawab di atas kehilangan duit yang berpunca daripada kecuaian pelajar dan ketidakpatuhan ke atas perkara (i) di atas.
i. Setiap pelajar dilarang sama sekali daripada bergaduh dan membuli antara satu sama lain, selaras dengan maksud firman Allah dalam surah Al-Hujurat:11 yang bermaksud:” Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kaum laki-laki menghinakan kaum laki-laki (yang lain), kerana boleh jadi kaum yang dihinakan itu lebih baik dari kaum yang menghinakan, dan jangan pula kaum perempuan (menghinakan) kaum perempuan (yang lain), kerana boleh jadi perempuan yang dihinakan itu, lebih baik dari perempuan yang menghinakan. Janganlah kamu cela-mencela sesama kamu dan jangan pula panggil memanggil dengan gelaran (yang tidak baik). Seburuk-buruk nama ialah fasik sesudah keimanan. Barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang aniaya“. Sifat menyayangi dan persaudaraan sesama pelajar adalah menjadi teras kehidupan harian Maahad.
ii. Setiap pelajar dilarang sama sekali mengguna bahasa/ungkapan/istilah lucah yang tidak menggambarkan ciri-ciri seorang Mukmin dan pelajar Tahfiz.
i. Segala bentuk kecurian biar sekecil mana pun adalah dilarang sama sekali.
ii. Sekiranya pelajar didapati melakukan kesalahan seperti di perenggan (i) di atas, hukuman sewajarnya akan dikenakan.
i. Pelajar perlu berambut pendek dan kemas pada setiap masa. Rambut pendek dan kemas memberi banyak kebaikan kepada peribadi pelajar dan mengurangkan pembaziran masa mengemas diri masing-masing.
X. MEROSAKKAN BARANG-BARANG KAWAN/HARTA AWAM (VANDALISME)
i. Pelajar perlu menahan diri daripada merosakkan barang-barang kawan atau harta awam. Sekiranya kesalahan ini didapati/di bukti berlaku, ibu-bapa pelajar perlu memberi ganti rugi sewajarnya kepada pihak berkaitan.
ii. Sekiranya pelajar didapati melakukan kesalahan seperti di perenggan (i) di atas, hukuman sewajarnya akan dikenakan.
i. Bagi memelihara dan menguatkuasakan peraturan dan disiplin pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah sama ada semasa atau di luar waktu belajar rasmi, Jemaah Pengurusan Maahad telah memberi kuasa kepada Ustaz-Ustaz dan Warden untuk menggunakan pendekatan dan kaedah yang sesuai mengikut budi bicaranya termasuk merotan ke atas pelajar-pelajar yang didapati melakukan kesalahan atau melanggar disiplin Maahad ini.
ii. Manakala bagi kelas hafalan Al-Quran dan kelas akademik, kuasa ini diberikan kepada Ustaz-Ustaz dan guru-guru akademik masing-masing.
i. Walau apa pun tafsiran sebaliknya, tujuan Peraturan ini tiada lain kecuali untuk menyediakan pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah menjadi hafiz Al-Quran yang berhikmah, berdisiplin tinggi dan berperibadi mulia agar menjadi contoh teladan kepada anggota masyarakat yang lain.
ii. Peraturan ini boleh dipinda dari semasa ke semasa oleh Jemaah Pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah.
i. Sekiranya ibu-bapa memerlukan bantuan dan pertanyaan berhubung anak masing-masing atau hal-hal berkaitan Maahad ini, bolehlah menghubungi pegawai-pegawai berikut:
a. Tuan Haji Dr. Abd. Hakim bin Hj. Abd. Ghani
Pengerusi
Telefon: 03-55126212/019-2534750
b. Tuan Haji Al-Azmi bin Bakar
Setiausaha
Telefon: 03-55123575/019-2703370
c. Ustaz Hj. Mohamed Yunoos bin Faizuddein Al-Hafiz
Mudir
Telefon: 03-55135341/012-2981841
d. Ustaz Mohd. Faez bin Ahmad Al-Hafiz
Tenaga Pengajar Hafazan/Warden Asrama I
Telefon: 03-55116203/013-2002078
e. Ustaz Jalaludin bin Adnan Al-Hafiz
Tenaga Pengajar Hafazan/Warden Asrama II
Telefon: 03-55126203/019-3292570
f. Mana-mana Ahli Jemaah Pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah.
Jemaah Pengurusan,
Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah,
Surau Al-Islah,
Seksyen 7,
40000 SHAH ALAM.
Kemas kini terakhir: 20 Mac 2009.
“Pengislahan Ummah Berpandukan Al-Qur’an Dan As-Sunah”